Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah diperbadankan pada 21 Ogos 1997 dan mula beroperasi pada Mei 1998. Objektif asal penubuhan SPNB adalah bertujuan untuk menyediakan rumah kos rendah kepada warganegara Malaysia. Kini SPNB telah melangkah jauh, memainkan peranan dalam memastikan Polisi Perumahan Negara dilaksanakan dengan jayanya.