Utama Petalaman English Version
Mengenai SPNB Projek Perumahan Sumbangan Sosial Berita & Acara Panduan Kerjaya Soalan Lazim Hubungi Kami Hiperpautan
Perutusan Tahun 2009
Pengerusi SPNB
Perutusan Tahun 2009 Pengerusi SPNB



Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana tahun 2008 telah berjaya dilalui oleh warga SPNB. Tahun 2009 harus menjadi satu fasa pemerkasaan SPNB dengan memperhebatkan lagi usaha dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Tahun ini satu lagi momentum pembaharuan akan dilaksanakan iaitu meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan dengan mengambil langkah bagi meningkatkan struktur, sistem dan kemahiran untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Pengenalan kepada talian Hotline SPNB 1 300-80-3838 yang lebih sistematik serta efisyen diharap dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan agar lebih cekap, berkesan serta mesra pelanggan.

Selain itu, usaha meningkatkan prestasi syarikat melalui perancangan mendapatkan pensijilan International Standardization Organizational (ISO) serta pelaksanaan Key Performance Indicator (KPI) diharap dapat menyeragamkan prosedur serta mengukur prestasi dan tahap pencapaian syarikat.

Saya yakin bahawa SPNB adalah merupakan antara agensi kerajaan yang terpenting dalam memacu kejayaan pembangunan negara. Buktinya pada tahun lalu, SPNB telah diberi kepercayaan untuk membangunkan lebih banyak rumah di bawah Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) di mana sebanyak RM100 juta peruntukan tambahan telah diberikan oleh Kerajaan bagi memenuhi keperluan perumahan golongan yang berpendapatan rendah. SPNB mensasarkan sebanyak 6,500 unit rumah akan dibina pada tahun 2009.

Selain itu juga, peruntukan kewangan sebanyak RM200 juta telah diamanahkan kepada SPNB bagi mengambil alih kerja-kerja membaikpulih projek-projek perumahan terbengkalai.

Tahun 2009 adalah tahun yang mencabar apabila dijangka kekangan perkembangan ekonomi akibat krisis ekonomi global. Keadaan ini memerlukan SPNB mengambil tindakan proaktif dan bijak dalam merancang dan berbelanja secara berhemah bagi mengelakkan ketirisan sumber kewangan sedia ada.

Saya ingin menyeru kepada semua warga SPNB agar komited di atas tugasan dan tanggungjawab yang diberikan dan bersedia menghadapi cabaran dalam era globalisasi ini. Semoga impian SPNB untuk muncul sebagai antara agensi kerajaan yang cemerlang termakbul.

Sekian, Salam Tahun Baru 2009.

Wasalam.

SENATOR DATO’ AZIAN OSMAN