Mengenai SPNB        |        Lembaga Pengarah        |        Album Korporat         |        Kerjaya
Lembaga Pengarah

YB. DATUK WIRA IR. HJ. IDRIS BIN HJ. HARON
Pengerusi
Dilahirkan pada 13 Mei 1966 di Jasin, Melaka, beliau yang fasih berbahasa Jepun ini berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Texas, Elpaso Amerika Syarikat. Mempunyai 15 tahun pengalaman sebagai jurutera bertauliah, penceramah dan kaunselor. Beliau bergiat aktif di dalam politik dan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

   

YBHG. DATO' DR. SR. KAMARUL RASHDAN HJ. SALLEH
Pengarah Urusan
Beliau menyertai Lembaga Pengarah SPNB sebagai Pengarah Urusan pada Julai 2009. Berasal daripada Ipoh, Perak dan dilahirkan pada 5 Januari 1972 merupakan Jurukur Bahan Bertauliah dan berdaftar sebagai ahli Royal Institutions of Chartered Surveyors UK dan ahli British Institute of Facilities Management. Beliau juga adalah Profesor Pelawat Kehormat di University of Salford UK. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Kedoktoran Alam Bina dari University of Salford UK, Ijazah Sarjana Pengurusan Fasiliti dari University of Strathclyde UK, Ijazah Sarjana Muda Kehormat Ukur Bahan dari Glasgow Caledonian University UK dan Diploma Ukur Bahan dari Institut Teknologi Mara Malaysia.
   

YBHG. DATO' OTHMAN BIN ABDULLAH (KMN, DSAP)
Pengarah
YBhg. Dato’ Othman bin Abdullah dillahirkan pada 21 Mac 1949, berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi di bidang perakaunan dan memulakan khidmat sebagai Akauntan Kanan Perbendaharaan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) pada tahun 1982. Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah SPNB pada 18 Mei 2005.
   

YBHG. DATO' ABU BAKAR BIN HASSAN
Pengarah
Y.Bhg. Dato’ Abu Bakar bin Hassan dilahirkan di Perak pada 1 Februari 1955. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya. Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah SPNB pada 31 Mac 2010 yang lalu. Kini, beliau juga merupakan Ketua Pengarah di Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

YBHG. DATO' ABDULLAH THALITH BIN MD. THANI
Pengarah
Y.Bhg. Dato’ Abdullah Thalith bin Md. Thani dilahirkan pada tanggal 9 November 1954 di Batang Kali, Selangor. Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah SPNB pada 31 Mac 2010. Berkelulusan Sarjana Sains (Pengajian Perniagaan) dari Universiti of Salford, United Kingdom. Beliau sekarang menyandang tugas sebagai Ketua Pengarah Penilaian di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
   

PN. MUSRATULNIZA BT. MUSTAFFA (LS 6980)
Setiausaha Syarikat
Puan Musratulniza Mustaffa, 37, dilantik sebagai Setiausaha Syarikat pada 14 Oktober 2004. Menyertai SPNB pada tahun 2001 dan kini berkhidmat sebagai Pengurus di Unit Kesetiausahaan. Sebelum ini, beliau adalah Pengurus dan Setiausaha Syarikat di sebuah firma kesetiausahaan di Kuala Lumpur.

 
Halaman Utama      |      Korporat      |      Media      |      Produk      |      Soalan Lazim      |      Hubungi Kami
 
© 2007-2011 Syarikat Perumahan Negara Berhad. Hakcipta Terpelihara.

PENAFIAN: Syarikat Perumahan Negara Malaysia (SPNB) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (444205-M)
Tingkat 8, Wisma Perkeso,
Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.

HOTLINE: 1300 80 3838
Tel: 603 - 2618 5555
Faks: 603 - 2681 0170