|
Panduan Kontraktor |
|
|
Sebagai anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), kesemua projek-projek yang diuruskan oleh SPNB dan USL adalah tertakluk kepada syarat-syarat serta peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan Kementerian Kewangan. Semua projek-projek SPNB dan USL diurus secara proses tender terhad dan Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai proses tender SPNB dan USL haruslah berdaftar terlebih dahulu dengan SPNB.
Kontraktor–kontraktor dari seluruh negeri yang berkelayakan serta mempunyai pendaftaran yang bersesuaian, pengalaman, keupayaan kewangan dan peralatan mencukupi boleh berdaftar sebagai kontraktor SPNB untuk kerja-kerja berikut:
i. |
Bangunan, cerucuk, infrastruktur dan kerja-kerja tanah. |
ii. |
Pemasangan Lif. |
iii. |
Sistem Rawatan Kumbahan. |
iv. |
Kerja-kerja elektrikal, telekomunikasi termasuk kemudahan Internet, MATV, sistem pencegahan kebakaran, sistem perlindungan petir dan sistem penghawa dingin. |
v. |
Lanskap termasuk kelengkapan permainan kanak-kanak. |
|
| |
Pendaftaran kontraktor-kontraktor adalah tertakluk kepada kriteria-kriteria berikut:
1.0 CARA UNTUK MEMOHON
1.1 |
Permohonan pendaftaran sebagai panel Kontraktor / Perunding / Pembekal / Perkhidmatan Kawalan Keselamatan di Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang: SPNB/BDR/[Pin.12/05/(000891)] yang asal. Borang tersebut boleh didapati sama ada dengan membuat permohonan secara on-line di laman web rasmi SPNB ( www.spnb.com.my), secara bertulis (dihantar melalui pos / faks) atau datang sendiri ke alamat yang berikut :
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 18, Bangunan MAS
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
u.p. : Bahagian Pendaftaran Kontrak)
Tel : 03-2052 3392 / 3891 Faks: 03-2164 9405
|
1.2 |
Borang adalah percuma dan tidak boleh dipindah milik.Tiada bayaran dikenakan untuk setiap pendaftaran. |
1.3 |
Borang permohonan yang telah lengkap di isi dan disertakan dokumen-dokumen seperti yang dikehendaki, hendaklah dihantar bersama-sama profil terkini firma / syarikat sama ada dengan melalui pos atau datang sendiri ke alamat seperti yang tertera di Para 1.1. |
|
| |
2.0 SYARAT-SYARAT UMUM UNTUK MENDAFTAR
2.1 |
Setiap firma / syarikat yang berminat untuk berdaftar sebagai panel kontraktor / perunding / pembekal / perkhidmatan kawalan keselamatan hendaklah mempunyai pejabat yang sah sama ada disewa atau milik sendiri. Firma / syarikat juga hendaklah mempunyai nombor telefon dan faksimili yang boleh dihubungi oleh SPNB. |
2.2 |
Firma / syarikat hendaklah berdaftar dengan Unit Syarikat (syarikat berhad / sendirian berhad) atau Unit Perniagaan (pemilikan perkongsian / perseorangan) di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). |
2.3 |
Firma / syarikat hendaklah mempunyai akaun semasa yang aktif. |
| 2.4 |
Firma / syarikat yang hendak berdaftar juga haruslah memenuhi kriteria-kriteria minimum pendaftaran SPNB seperti yang berikut: |
| |
i) bertaraf bumiputera (minimum ekuiti 51% dipegang oleh bumiputera) ; dan
ii) pendaftaran yang sah dengan mana-mana agensi kerajaan (PKK / PUKONSA / UPK Sarawak / CIDB / Kementerian Kewangan) atau badan profesional yang berkaitan. |
|
| |
3.0 DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN BERSAMA BORANG PENDAFTARAN
3.1 |
Setiap firma / syarikat hendak memastikan yang dokumen sokongan seperti di Senarai Semakan Untuk Pendaftaran (Jadual I, Jadual II dan Jadual III) yang disertakan bersama-sama borang permohonan. |
3.2 |
Semua dokumen sokongan yang dikemukakan bersama borang permohonan hendaklah diakui sah oleh mana-mana agensi kerajaan / badan profesional yang telah mengeluarkan dokumen tersebut atau Pesuruhjaya Sumpah atau Setiausaha Syarikat. |
|
| |
4.0 PERINGATAN
4.1 |
Setiap permohonan hendaklah dengan menggunakan borang permohonan yang asal. Sekiranya firma / syarikat didapati menggunakan borang permohonan yang palsu / di fotokopi, SPNB berhak untuk menolak permohonan untuk mendaftar sebagai panel. |
4.2 |
Firma / syarikat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen sokongan yang diminta seperti di Para 3.1. Kegagalan mengemukakan dokumen-dokumen sokongan yang diminta akan menyebabkan permohonan tuan / puan tidak akan diproses atau ditolak. |
| 4.3 |
Semua maklumat dan dokumen yang diberi hendaklah sah dan benar. Jika terdapat pemalsuan maklumat atau dokumen, permohonan pendaftaran akan ditolak atau pendaftaran akan dibatalkan jika kelulusan telah diberi. |
| 4.4 |
SPNB berhak untuk menyemak maklumat dan dokumen bagi memastikan ianya adalah sah dan benar. |
| 4.5 |
Setiap permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi kriteria-kriteria minimum seperti yang tertera di Para 2.4 hanya akan disimpan untuk tempoh selama 60 hari dari tarikh surat pemberitahuan yang dikeluarkan oleh SPNB. Firma / syarikat hendaklah membuat permohonan baru selepas tamat tempoh tersebut. |
| 4.6 |
Kelulusan akan diberikan berdasarkan maklumat-maklumat yang telah disampaikan oleh pihak firma / syarikat pada borang permohonan. |
| 4.7 |
Sebarang perubahan ke atas maklumat-maklumat firma / syarikat selepas kelulusan telah diperolehi hendaklah dimaklumkan kepada SPNB dalam masa 21 hari dari tarikh perubahan tersebut berlaku. |
| 4.8 |
Surat kelulusan / sijil perakuan pendaftaran akan dihantar secara pos. Untuk firma / syarikat yang mempunyai alamat pejabat di sekitar lembah Klang, surat kelulusan dan sijil pendaftaran hendaklah di ambil sendiri di pejabat SPNB di alamat seperti yang tertera di para 1.1. |
|
| |
Untuk sebarang pertanyaan serta keterangan lanjut, sila hubungi kami di talian 03-2052 3392 / 3891 atau di alamat:
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 18, Bangunan MAS
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
(u.p. : Bahagian Pendaftaran Kontrak)
Faks: 03-2164 9405
|
|
| |
|