KENYATAAN AKHBAR
25 November 2005
Untuk Siaran Segera
 

KEPERLUAN KRITIKAL RUMAH MAMPU DIMILIKI DI KELANTAN
1,938 keluarga berpendapatan rendah memohon Skim Rumah Mesra Rakyat

Pengkalan Pasir, Kelantan, 25 November - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) sehingga kini telah menerima 1,938 permohonan untuk kediaman berkonsep Rumah Mesra Rakyat di kelantan, iaitu yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

SPNB komited bagi memastikan keperluan kritikal ini dipenuhi dan akan terus mewujudkan peluang-peluang untuk semua keluarga berpendapatan rendah di Kelantan.

Di Kelantan, SPNB telah menyerahkan 45 buah kediaman dan sedang dalam proses membina 150 buah. Buat masa ini, SPNB telah meluluskan 519 permohonan, manakal 912 permohonan lagi sedang menunggu kelulusan.

Terima kasih kepada Skim Rumah Mesra Rakyat yang telah pertama kalinya diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan dilaksanakan oleh SPNB pada 2003, keluarga berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik di Kelantan kini boleh memiliki kediaman yang diidamkan.

YB Dato’ Seri Haji Annuar Musa, Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan pada hari ini menyerahkan 68 surat tawaran kepada para pemohon di Pasir Mas yang berjaya, termasuk kepada 10 pemohon daripada Pengkalan Pasir.

Pada majlis yang sama, lima kediaman Rumah Mesra Rakyat yang telah siap turut diserahkan kepada pemohon yang berjaya.

Majlis ini turut disaksikan oleh Y.B.M. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Eksekutif, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Skim Rumah Mesra Rakyat telah dilaksanakan bagi memudahkan keluarga miskin dan amat miskin, yang mempunyai tanah yang sesuai untuk tujuan pembinaan bagi memiliki rumah.

Hingga kini, SPNB telah menyiapkan 869 unit kediaman berkonsep Rumah Mesra Rakyat dan sedang membina 1,081 unit kediaman di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Menurut Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, “Dengan sokongan daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan and sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan, kita menjangka lebih banyak rumah yang mampu dimiliki oleh masyarakat di Kelantan boleh dibangunkan.”

"Setakat ini, terdapat 2,000 permohonan untuk memiliki rumah sebegini diterima di Negeri Kelantan.”

“SPNB telah berjanji kepada kerajaan untuk menyediakan kediaman yang berkualiti dan mampu dimiliki bagi keluarga yang berpendapatan rendah kerana skim ini akan membantu negara mencapai matlamat yang disasarkan iaitu menyediakan sebuah kediaman bagi setiap keluarga,” tambah beliau lagi.

Hingga kini, SPNB telah dan menjangka membelanjakan sebanyak RM125 juta di bawah Skim Rumah Mesra Rakyat.

Skim ini bermatlamat menyediakan peluang memiliki rumah, terutamanya di kalangan para petani dan para nelayan yang berpendapatan RM1,000 sebulan.

Setiap rumah ini, yang bernilai sekitar RM40,000 seunit ini, dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air, dengan keluasan binaan 1000 kaki persegi dan keluasan tanah 3000 kaki persegi.

Bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung, skim ini hanya memerlukan keluarga-keluarga ini membayar dua-pertiga daripada kos pembinaan seunit rumah dengan bayaran balik RM100 selama 22 tahun, berlandaskan konsep Al-Qardhhul Hassan, pembiayaan perumahan tanpa faedah cara Islam.

Manakala, satu-pertiga daripada kos pembangunan disubsidi melalui Dana Khas Kerajaan Persekutuan.

Rakyat Malaysia berumur tidak lebih daripada 65 tahun yang berminat dan berkelayakan iaitu kurang berkemampuan dan tidak mampu membeli rumah tetapi mempunyai tanah, boleh mendapatkan borang permohonan daripada Kerajaan Negeri dan wakil-wakil rakyat.

         
 
© 2007-2012 Syarikat Perumahan Negara Berhad. Hakcipta Terpelihara.

PENAFIAN: Syarikat Perumahan Negara Malaysia (SPNB) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (444205-M)
Tingkat 8, Wisma Perkeso,
Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.

Tel: 603 - 2618 5555
Faks: 603 - 2681 0170