KENYATAAN AKHBAR
17 Januari 2006
Untuk Siaran Segera
 

SPNB BINA RUMAH MAMPU MILIK PERTAMANYA DI PERAK

Bagan Datoh, Januari 17 - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.), buat pertama kalinya akan membina projek perumahan mampu milik di Perak, di bawah Skim Rumah Mampu Milik, di mana membolehkan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana mampu memiliki rumah dengan deposit serendah RM150.

Majlis pecah tanah di Simpang Tiga, Bagon Datoh yang berlangsung pada hari ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Mohamad Tajol Rosli bin Tan Sri Mohd Ghazali, Menteri Besar Perak, menandakan permulaan rasmi kerja-kerja pembinaan 348 unit yang bernilai antara RM35,000 hingga RM85,000 setiap unit.

Majlis ini turut disaksikan oleh YB. Dato’ Ahmad Zahid Hamid, Timbalan Menteri Pelancongan merangkap Ahli Parlimen Bagon Datoh, YBhg. Dato’ Mohd Amin Mohd Salleh, Pengarah Urusan, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan para pegawai kanan Kerajaan.

Projek perumahan ini akan membantu dalam memenuhi permintaan untuk perumahan mampu dimilik di Perak sejajar dengan niat kerajaan untuk menyediakan rumah yang mampu dimiliki bagi golongan berpendapatan rendah seluruh negara.

Projek perumahan yang bernilai RM21.5 juta terletak di atas tanah seluas 25.49 ekar milik Kerajaan Negeri dan projek perumahan ini dijangka akan siap menjelang akhir 2007.

Kediaman teres yang pelbagai jenis ini direka dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan binaan antara 700 kaki persegi hingga 850 kaki persegi setiap unit.

Turut dibina 11 unit rumah kedai satu tingkat di mana dijual dengan harga permulaan RM95,000. Terletak lebih kurang beberapa kilometer dari Bandar Bagan Datoh, tentu sahaja ia akan menarik perhatian ramai.

Menurut Dato’ Mohd. Amin Salleh, ’’Kami percaya, pertambahan dalam populasi pada tahun ini menyebabkan permintaan tinggi untuk perumahan di Perak. Selain daripada projek perumahan ini, SPNB dijangka akan membina lebih banyak rumah mampu milik bagi pendapatan rendah di negeri ini.”

”Di Perak, SPNB dijangka akan membina enam lagi projek perumahan untuk tahun ini iaitu di Batang Padang, Kerian, Gopeng, Kinta, Manjung dan Taiping melibatkan lebih kurang 4,000 unit kediaman. Sebenarnya, dengan memberi tumpuan kepada rumah mampu dimiliki, kami dapat mengisi kekurangan yang wujud akibat kurangnya pembinaan rumah-rumah seperti ini bukan sahaja di Perak malah di seluruh negara.”

”SPNB akan terus membina rumah mampu milik di pinggir bandar dan juga di bandar, di mana banyak perumahan diperlukan. Kami menjangka akan membina 80,000 unit rumah seluruh negara untuk tahun ini.”

”Matlamat kami adalah untuk menyediakan perumahan untuk golongan yang berpendapatan rendah. Selain daripada itu, kumpulan sasaran kami adalah kakitangan kerajaan yang tinggal di kuarters kerajaan dan selalunya sedar mereka masih belum memiliki kediaman sendiri setelah persaraan,” tambah beliau.

         
 
© 2007-2012 Syarikat Perumahan Negara Berhad. Hakcipta Terpelihara.

PENAFIAN: Syarikat Perumahan Negara Malaysia (SPNB) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (444205-M)
Tingkat 8, Wisma Perkeso,
Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.

Tel: 603 - 2618 5555
Faks: 603 - 2681 0170