KENYATAAN AKHBAR
4 Mac 2006
Untuk Siaran Segera
 

SPNB TAWAR RUMAH TERES MAMPU MILIK UNTUK BUMIPUTRA

Temerloh, Pahang. 4 Mac - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) hari ini melancarkan projek perumahan terbarunya di Pahang, Taman Pulai Idaman, dibuka untuk Bumiputera yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Majlis pelancaran jualan ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Soffi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pusat Pertumbuhan Negeri Pahang, dan disaksikan oleh Dato’ Khairudin Samad, Pengurus Besar Kanan Korporat & Pembangunan Perniagaan, YB. Tuan Haji Md. Hamdan, ADUN Kuala Semantan dan para pegawai kanan kerajaan.

Dengan bayaran pendahuluan serendah RM150, pembeli yang berkelayakan boleh mengambil pakej pinjaman yang menawarkan pembiayaan sehingga 135 peratus.

Projek perumahan yang dibangunkan di atas tanah seluas 16.24 ekar ini dijangka akan siap menjelang Julai 2007.

Terdapat tiga jenis unit ditawarkan, iaitu 42 unit rumah teres satu tingkat kos rendah dengan keluasan binaan 700 kaki persegi; 58 unit rumah teres satu tingkat kos sederhana rendah dengan keluasan binaan 750 kaki persegi dan 77 unit teres satu tingkat kos sederhana, yang mempunyai keluasan binaan lebih besar iaitu 850 kaki persegi.

Dengan harga dalam lingkungan RM35,000 sehingga RM143,896, ia amat berpatutan untuk golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kediaman teres pelbagai pilihan ini, direka dengan dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air.

Turut ditawarkan, 3 unit rumah kedai satu tingkat dengan harga RM90,000 hingga RM107,634.

Bagi rumah teres kos rendah satu tingkat, harganya adalah serendah RM35,000 dengan ansuran bulanan yang rendah iaitu tidak lebih daripada RM300 untuk tempoh pinjaman 30 tahun bagi pembiayaan sehingga 100 peratus.

Taman Pulai Idaman terletak hanya beberapa kilometer daripada Bandar Temerloh dan mudah dihubungi melalui Lebuhraya Pantai Timur, membolehkan penduduk ke Kuantan kurang daripada 45 minit.

Menurut Dato’ Khairuddin Samad, ’’Projek ini mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk menyediakan perumahan mampu milik bagi golonagn yang berpendapatan rendah terutamanya yang kini tinggal di kawasan setinggan dan atau tidak memiliki kediaman sendiri,”

Dato Khairuddin Samad berkata lagi, ”Dengan memberi tumpuan kepada rumah mampu milik, kami dapat mengisi kekurangan yang wujud akibat kurangnya pembinaan rumah-rumah seperti ini. Matlamat kami adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah,”

”Selain daripada itu, kumpulan sasaran kami juga adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan yang kebiasaanya tinggal di kuarters kerajaan dan hanya sedar mereka tidak memiliki rumah selepas persaraan,’’ tambah beliau.

Selain daripada Taman Pulai Idaman, SPNB juga menawarkan projek-projek perumahan mampu milik di Pahang iaitu Cherating dan Sungai Puteri, Rompin.

SPNB terlibat terutamanya dalam sektor pembinaan rumah kos rendah dan sederhana di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai projek perumahan oleh SPNB, sila hubungi Pejabat Jualan di talian 03-20523980 / 3981 / 3855 waktu pejabat atau lawati laman web kami di www.spnb.com.my.

         
 
© 2007-2012 Syarikat Perumahan Negara Berhad. Hakcipta Terpelihara.

PENAFIAN: Syarikat Perumahan Negara Malaysia (SPNB) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (444205-M)
Tingkat 8, Wisma Perkeso,
Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.

Tel: 603 - 2618 5555
Faks: 603 - 2681 0170