KENYATAAN AKHBAR
19 Mac 2006
Untuk Siaran Segera
 

SPNB TAWAR PROJEK PERUMAHAN MAMPU MILIK PERTAMANYA DI SABAH

PUTATAN, SABAH. 19 March - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) menganjurkan majlis pelancaran jualannya yang pertamanya di Sabah untuk Maju Jaya Apartment yang juga merupakan projek perumahan mampu milik pertama di Negeri Sabah di bawah skim Rumah Mampu Milik ditawarkan kepada umum.

Projek perumahan kos sederhana ini adalah antara 17 projek perumahan mampu milik melibatkan 17,260 unit kediaman berharga antara RM47,000 hingga RM160,000 yang dijangka akan dibina secara berperingkat oleh SPNB di seluruh Negeri Sabah bermula tahun ini.

Selain Maju Jaya Apartment, tidak lama lagi SPNB akan membangunkan enam lagi projek perumahan yang mana tiga akan dibina di Tuaran manakala setiap satu akan dibangunkan di Penampang, Inanam dan Lahad Datu.

Projek-projek perumahan ini adalah usaha gigih Kerajaan untuk menyediakan kediaman yang selesa dengan harga yang berpatutan agar mampu dimiliki oleh keluarga di Negeri Sabah.

Majlis pelancaran jualan ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna dan telah disaksikan oleh YB. En. Edward Yong Oui Fah, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Dato’ Khairudin Samad, Pengurus Besar Kanan (Korporat dan Pembangunan Perniagaan) SPNB.

Setiap unit kediaman di Maju Jaya Apartment mempunyai keluasan lantai 800 kaki persegi, dijual dengan harga antara RM125,880 hingga RM137,880 dan direka dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air lengkap.

Dengan bayaran pendahuluan serendah RM500, pembeli yang berkelayakan boleh mengambil pakej pinjaman yang menawarkan pembiayaan sehingga 135 peratus.

Terletak di Putatan, projek perumahan seluas 2.77 ekar di atas tanah pegangan sementara ini dijangka akan siap pada tahun 2008.

Lokasi Maju Jaya Apartment adalah amat strategik iaitu hanya beberapa kilometer daripada Bandaraya Kota Kinabalu dan terletak di Bandar Baru Putatan. Projek perumahan ini juga terletak berdekatan kemudahan asas lain iaitu sekolah, pusat komersil dan dewan masyarakat.

Menurut Dato’ Khairudin Samad, “SPNB mensasarkan akan membangunkan sehingga 30,000 unit kediaman jenis kediaman teres and pangsapuri yang akan dibina secara berperingkat dan dijangka akan siap sepenuh menjelang tahun 2010,”

“Selepas tahun 2010, SPNB menjangka akan membina lagi 30,000 unit kediaman. Projek-projek perumahan yang mampu dimiliki mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk menyediakan perumahan mampu milik terutamanya untuk golongan yang berpendapatan rendah,”

Dato Khairuddin Samad berkata lagi, ”Dengan memberi tumpuan kepada rumah mampu milik, kami dapat mengisi kekurangan yang wujud akibat kurangnya pembinaan rumah-rumah seperti ini.”

SPNB terlibat terutamanya dalam sektor pembinaan rumah kos rendah dan sederhana di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai skim perumahan yang ditawarkan oleh SPNB, sila kunjungi pejabat kami di Kota KInabalu yang terletak di Suite 7.7B & 7.7C, Tingkat 7, Menara MAA. Ia dibuka pada hari Isnin hingga hari Jumaat daripada pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Ataupun, sila hubungi talian 088-455 283 pada waktu pejabat sekiranya berminat untuk menghubungi kakitangan Pemasaran dan Jualan kami di Kota Kinabalu.

         
 
© 2007-2012 Syarikat Perumahan Negara Berhad. Hakcipta Terpelihara.

PENAFIAN: Syarikat Perumahan Negara Malaysia (SPNB) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (444205-M)
Tingkat 8, Wisma Perkeso,
Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.

Tel: 603 - 2618 5555
Faks: 603 - 2681 0170