ISU KELEWATAN TAMAN SERI SETANGGI, MUKIM PLENTONG, JOHOR BAHRU
Oleh: Y.B. Datuk Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron, Pengerusi SPNB
Kuala Lumpur, 19 April – Merujuk kepada siaran berita Buletin Utama pada 18hb April berkenaan kelewatan penyerahan rumah kepada pembeli projek perumahan Taman Seri Setanggi Mukim Plentong, Johor Bahru.
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memahami permasalahan dan kekangan yang dihadapi oleh para pembeli Taman Seri Setanggi atas kelewatan untuk menduduki rumah mereka.
Saya akan mengambil tanggungjawab penuh untuk menyelesaikan permasalahan kelewatan tersebut selewat-lewatnya pada pertengahan Mei 2010.
Dalam pada itu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Buletin Utama kerana membantu SPNB menyiarkan suara rakyat.