KEROSAKAN BUMBUNG TAMAN MEDAN CAHAYA FASA 2
Oleh: Y.Bhg. Prof. Dr. Sr. Kamarul Rashdan Salleh, Pengarah Urusan
Selangor, 10 Jun – Merujuk kepada laporan Program Titik Sentuhan terbitan RTM pada 30 Mei 2010 mengenai kerosakan bumbung masih tidak diperbaiki.
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah mengambil maklum permasalahan bumbung rosak akibat angin kencang yang berlaku pada 17 April lalu. Pihak SPNB telah melaksanakan kerja-kerja pemasangan bumbung sementara (kanvas) pada bahagian-bahagian yang mengalami kerosakan tersebut.
SPNB juga telah berbincang dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri bagi mendapatkan bantuan bagi membaiki kerosakan tersebut.
Walaubagaimanapun, pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri telah membawa perkara ini kepada Majlis Keselamatan Negara bagi mendapatkan peruntukan bagi membaiki kerosakan tersebut. Sehingga kini, pihak kami masih menunggu maklumbalas untuk tindakan selanjutnya.