KENYATAAN AKHBAR
20 Februari 2012
Untuk Siaran Segera
 

SPNB SERAH KUNCI PROJEK PERUMAHAN TAMAN MAWAR, KULAI, JOHOR
Oleh: Y.B. Datuk Wira Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron, Pengerusi SPNB

Johor, 20 Feb. – Setelah menanti hampir 7 tahun untuk menduduki rumah, akhirnya hasrat pemilik rumah Taman Mawar tercapai apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah berjaya menyiapkan projek ini.

Y.B. Datuk Seri Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah sudi hadir bagi merasmikan dan seterusnya menyerahkan replika kunci rumah kepada pembeli.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah dipertanggungjawabkan untuk mengambilalih projek ini daripada pemaju asalnya yang hanya menyiapkan projek seluas 9 ekar ini ditahap 65 peratus. Kerja-kerja membaikpulih Taman Mawar ini bermula pada September 2009 dan ianya telah berjaya memperolehi Sijil Layak Menduduki (SLM) pada Disember 2011.

Projek ini merupakan pembangunan bercampur merangkumi 18 unit Rumah Teres Kos Rendah dan 64 unit Rumah Teres Kos Sederhana Rendah dengan jumlah kos baikpulih RM20 juta. Kos binaan bagi Rumah Teres Kos Rendah adalah RM31,099 seunit manakala Rumah Teres Kos Sederhana Rendah adalah RM129,944 seunit .

Setiap unit rumah dijual dari harga RM25,000 bagi Rumah Teres Kos Rendah dan RM49,160 bagi Rumah Teres Kos Sederhana Rendah berkeluasan 770 kaki persegi yang merangkumi tiga bilik tidur.

Di Johor, sejumlah 7 projek terbengkalai termasuk projek ini telah dibaikpulih dan telah menerima Sijil Layak Menduduki (SLM) iaitu Taman Sutra Kulai, Taman Sri Takdir, Taman Sri Putra,Taman Renggam Jaya, Taman Gelang Emas, Taman Desa Rakyat Perdana yang merangkumi 2,171 unit rumah.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah Y.B. Datuk Wira Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron, Pengerusi SPNB dan beberapa tetamu kenamaan lain.

Sejak SPNB dilantik oleh Menteri Kewangan di bawah seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai Agen Pelaksana pada tahun 2001, SPNB telah berjaya membaikpulih 83 buah projek yang melibatkan 24,945 unit rumah terbengkalai di seluruh negara dengan kos pembangunan RM577 juta.

         
 
© 2007-2011 Syarikat Perumahan Negara Berhad. Hakcipta Terpelihara.

PENAFIAN: Syarikat Perumahan Negara Malaysia (SPNB) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (444205-M)
Tingkat 8, Wisma Perkeso,
Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.

HOTLINE: 1300 80 3838
Tel: 603 - 2618 5555
Faks: 603 - 2681 0170