Melalui Program Rumah Mampu Milik (RMM), rumah-rumah yang dibina adalah rumah kediaman 3 bilik tidur dan dilengkapi kemudahan 2 bilik air berkonsep mesra keluarga dan selesa sama ada jenis rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan kos sederhana.
Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
SPNB telah dilantik sebagai Agen Perlaksana bagi Tabung Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai (TPPPT) bagi memulihkan projek perumahan terbengkalai di seluruh negara yang telah dikenalpasti oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan...
PENAFIAN: Syarikat Perumahan Negara Malaysia (SPNB) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad.
Syarikat Perumahan Negara Berhad (444205-M)
Tingkat 8, Wisma Perkeso,
Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.