Utama Petalaman English Version
Mengenai SPNB Projek Perumahan Sumbangan Sosial Berita & Acara Panduan Kerjaya Soalan Lazim Hubungi Kami Hiperpautan
Program Perumahan Khas
Program Perumahan Khas: Bantuan Tsunami di Acheh, Indonesia
Merangkumi pembinaan:
8 blok asrama lelaki dan perempuan serta 3 blok bilik darjah di Sekolah Agama Al-Fauzul Khabir, Kota Jantho, Aceh untuk anak-anak yatim mangsa Tsunami Aceh
100 unit rumah di Lamsuejin, Lhoong, Aceh


Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dipertanggungjawabkan untuk membina Asrama Anak Yatim Pesantren Terpadu Al Fauzul Kabir, di Jantho dan Pembangunan Perumahan Mesra Rakyat Korban Tsunami, di Lhoong, Aceh, Indonesia.

Sebagai langkah membantu mangsa tsunami di Aceh, SPNB telah diminta oleh Kerajaan Malaysia untuk mengambil alih dua projek di atas daripada Angkatan Tentera Malaysia.

Kedua-dua projek ini telahpun berjaya disiapkan oleh SPNB dan telah diserahkan secara rasmi oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak pada 14 Disember 2006 sempena Lawatan Kerja ke Projek Bantuan Kemanusiaan Mangsa Tsunami oleh Kerajaan Malaysia di Aceh, Indonesia.

Atas permintaan Kerajaan, SPNB menggunakan asas pembinaan kaedah baru yang dihasilkan di Gua Musang, Kelantan, iaitu konsep ‘Duralite’ yang lebih cepat serta kalis gegaran.

Dengan peruntukan RM15.7 juta dari Kerajaan, SPNB bukan sahaja membina bangunan malahan menyediakan semua perabot yang diperlukan.
 
Projek Pembinaan Asrama Sekolah Agama Al-Fauzul Khabir, Jantho Acheh
Projek Pembinaan 100 Unit Rumah Keluarga Mangsa Tsunami Di Lamsuijin, Lhoong