SPNB telah dilantik sebagai kontraktor reka dan bina untuk projek pembangunan kuarters-kuarters pelbagai kelas untuk Angkatan Tentera Malaysia dan kakitangan awam untuk Tetuan Kementerian Pertahanan Malaysia. Ia membabitkan usahama 51% - 49% di antara SPNB dan
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melalui
Syarikat Usahasama SPNB-LTAT Sdn. Bhd.
Kesemua projek yang dijalankan terletak di kawasan Lembah Klang dan dibahagikan mengikut kem iaitu Kem Kementah 1, 2 dan 3, Kem Wardieburn, Kem Sg. Besi, Kem Pasifik, Jalan U-Thant 1 dan Jalan U-Thant 2, Pangkalan Udara Subang dan Pangkalan Udara Kuala Lumpur.
Pembangunan di Pangkalan Udara Subang dan Jalan U-Thant 2 telah diserahkan sepenuhnya manakala sebahagian daripada pembangunan di Kem Wardieburn dan Kem Sg. Besi telah juga diserahkan kepada pihak Kementerian Pertahanan Malaysia. Untuk pembangunan yang lain, kesemuanya akan disiapkan pada penghujung 2008 kecuali Pangkalan Udara Kuala Lumpur yang dijadualkan siap pada Mei 2009.