Utama Petalaman English Version
Mengenai SPNB Projek Perumahan Sumbangan Sosial Berita & Acara Panduan Kerjaya Soalan Lazim Hubungi Kami Hiperpautan
Program Pemulihan Projek Terbengkalai
Program Pemulihan Projek Terbengkalai
SPNB telah dilantik sebagai Agen Perlaksana bagi Tabung Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai (TPPPT) bagi memulihkan projek perumahan terbengkalai di seluruh negara yang telah dikenalpasti oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT)

Setakat ini SPNB telah diarahkan untuk memulihkan 255 buah projek perumahan terbengkalai yang melibatkan 74,376 unit rumah.

SPNB telah menerima peruntukan daripada Kementerian Kewangan berjumlah RM300 juta yang terdiri daripada RM223.40 juta dalam bentuk pinjaman dan RM76.60 juta dalam bentuk geran.

Namun begitu, arahan daripada Kementerian Kewangan telah dikeluarkan pada 29 September 2006 menyatakan tugas-tugas pemulihan projek perumahan terbengkalai bagi seluruh Malaysia akan diambilalih oleh pihak Jabatan Perumahan Negara (JPN).

SPNB secara dasarnya akan menyiapkan projek-projek yang telah diluluskan oleh pihak Lembaga Pengarah SPNB iaitu sebanyak 17 projek dan selainnya akan diambilalih oleh pihak JPN.

SPNB juga telah menerima arahan daripada Kementerian Kewangan bagi memulihkan tiga Projek Arahan Khas selepas tarikh 29 September 2006.

Berikut adalah status projek perumahan yang terbengkalai di bawah seliaan SPNB sehingga Disember 2008:
 
Status
Bil Projek
Jumlah Keseluruhan
Bilangan Unit
Telah disiapkan dengan Sijil Layak Menduduki:
- Sepenuhnya oleh SPNB (Dengan Bantuan Kewangan)
- Dengan Khidmat Nasihat oleh SPNB

19
54
73

9,844
13,245

Dalam Pelaksanaan:
- Dalam kerja pembangunan
- Mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah SPNB


5
12
17

1,469
1,847
Projek Arahan Khas
4
2,981
Peringkat Lanjutan
81
19,672
Peringkat Awalan
0
0
Projek dicadangkan dikeluarkan daripada pemantauan SPNB / projek disahkan keluar daripada pemantauan SPNB
80
25,318
JUMLAH
255
74,376