Mengenai Program Rumah Mampu Milik
Rumah-rumah di bawah Program RMM adalah terbuka kepada semua kecuali bagi Rumah Kos Rendah dan bagi mana-mana pembelian rumah yang tertakluk kepada syarat-syarat Kerajaan Negeri.
SPNB menggunapakai kelayakan yang disyaratkan oleh Kerajaan Negeri dan menggariskan tiga (3) syarat penting yang harus dipenuhi oleh para pembeli Rumah Kos Rendah iaitu:
Warganegara Malaysia
Umur 21 hingga 50 tahun
Tidak memiliki rumah atau tidak memiliki sebarang tanah yang boleh didirikan rumah di mana-mana tempat di
Malaysia
Namun begitu, kelayakan dan harga jualan untuk Rumah Kos Rendah adalah berbeza bagi setiap negeri.
Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab memilih pemohon yang layak dan mengemukakan senarai nama pembeli yang berpotensi kepada SPNB. |