VISTA PERDANA
MIRI, SARAWAK
Vista Perdana, merupakan sebuah pembangunan kediaman bercampur seluas 296 ekar dan merupakan salah satu daripada projek perumahan mampu milik yang dibangunkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di negeri Sarawak.
Sejajar dengan hala tuju SPNB untuk merealisasikan idaman setiap lapisan masyarakat untuk memiliki kediaman yang selesa, dan mampu dimiliki, Vista Perdana menawarkan rekabentuk yang ideal untuk setiap lapisan masyarakat masa kini dengan disulami panorama persekitaran yang indah dan permai semestinya bakal menjamin keselesaan dan ketenangan yang berterusan.
Pembangunan kediaman bercampur Vista Perdana yang keseluruhannya berjumlah 2,703 unit ini adalah terletak kira-kira 10km dari pusat Bandaraya Miri dan dikelilingi dengan pelbagai kemudahan asas seperti Sekolah, Institut Pengajian Tinggi Antarabangsa, pejabat-pejabat agensi kerajaan, taman rekreasi, pusat membeli belah dan sebagainya semuanya bertujuan untuk menyediakan kemudahan serta keperluan asas kediaman di Vista Perdana.
Hakmilik tanah:
Pegangan Sewaan (99 Tahun)
Tanah Berstatuskan “Special Zone (Mixed Zone) (Dibuka untuk Warga Negara Asing)
Hanya Fasa 1 dibuka untuk jualan