VISTA ILMU
KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Vista Ilmu, Kota Samarahan merupakan sebuah projek pembangunan seluas 33.0 ekar dan merupakan salah satu projek perumahan awam yang dibangunkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di negeri Sarawak. Pembangunan ini merangkumi pembangunan 36 blok Pangsapuri Selesa 4 Tingkat (750 kaki persegi) berkategori kos sederhana rendah (Selesa). Setiap blok mempunyai 32 unit pangsapuri dan jumlah keseluruhan pembangunan adalah sebanyak 544 unit.
Projek Vista Ilmu adalah terletak kira-kira 25km dari pusat Bandaraya Kuching dan 1.5km dari daerah Kota Samarahan. Projek Desa Ilmu merupakan kawasan yang strategik kerana ianya terletak berhampiran dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Maktab Perguruan Tun Abdul Razak, sejajar dengan perancangan kerajaan negeri untuk menjadikan Samarahan sebagai pusat penyedian pendidikan di negeri Sarawak. Di samping penyediaan pusat-pusat pendidikan tersebut, kawasan sekitar projek juga mempunyai banyak kemudahan asas seperti sekolah, pusat latihan industri, masjid, pasar tani, pasar raya, klinik, balai polis, balai bomba dan sebagainya bertujuan untuk menyediakan kemudahan serta keperluan asas bagi penduduk di kawasan sekitar.
Hakmilik tanah:
Pegangan sewaan (60 tahun)